BT Real Estate - шаблон joomla Форекс
Pengenalan

SMAS signboard

 

            Tanggal 7 Januari 2002, menjadi titik tolak terbentuknya sebuah  institusi pendidikan yang bertempat di Bandar Baru Sungai Buaya. Sekolah yang dinamakan sebagai Sekolah Rendah Agama An-Nur (SARAN) pada peringkat awalnya beroperasi dengan jumlah seramai 108 orang pelajar. Nama sekolah ini kemudiannya ditukar menjadi Sekolah Rendah Islam Saran atas nasihat pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila didaftarkan di bawah JAIS. Sukatan pelajaran di sekolah ini sepenuhnya mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh JAIS. Sehingga kini Sekolah Rendah Islam Saran telah mempunyai seramai hampir 300 orang pelajar bermula dari tahun 1 hingga 6 dengan bilangan tenaga pengajar seramai 8 orang guru.

            Pada Januari 2005, Tadika Islam Saran pula ditubuhkan dengan matlamat membentuk murid-murid yang cemerlang dan bersahsiah Islam sejak dari awal pendidikan. Anak-anak seawal umur 4, 5 dan 6 tahun diasuh merangkumi segala aspek pengajian agama, akademik dan juga ko-kurikulum.

            Sekolah Saran sekali lagi mengorak langkah dengan penubuhan Sekolah Menengah Agama Saran (SMAS) pada tahun 2009, sebagai satu usaha memberikan alternatif pendidikan kepada golongan remaja. Asrama turut disediakan bagi pelajar yang tinggal jauh daripada sekolah. SMAS menawarkan pendidikan akademik seiring dengan agama. Sukatan pelajaran akademik adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sementara pelajaran agama pula berdaftar di bawah JAIS. Sehingga kini SMAS mempunyai seramai 54 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 5.

           Pada Februari 2013 pula, Sekolah Saran telah membuka sebuah lagi sekolah di Bukit Sentosa iaitu Sekolah Rendah Islam & Integrasi Saran. Sekolah ini menawarkan pendidikan akademik dan agama dengan jumlah pelajar 140 orang dari darjah 1 hingga 6. Pada tahun 2013 juga, SMAS diberikan nama baru iaitu Sekolah Menengah Agama Saran & Tahfiz (SMAS). Ini kerana sekolah saran memberikan penekanan yang lebih intensif bagi pelajar menghafaz al-Quran.

            Tadika Islam Saran juga telah dijenamakan semula menjadi Tadika Islam & Tahfiz Saran bermula pada Januari 2015 bagi memberi penekanan yang lebih intensif kepada anak-anak dalam hafalan al-Quran. Lokasi Tadika Saran juga telah dipindahkan ke Bukit Sentosa, berhampiran dengan Sekolah Rendah Islam Integrasi & Tahfiz Saran.

            Semua Sekolah Saran dari tadika hingga sekolah menengah ini beroperasi di premis yang disewa. Kini Sekolah Saran sedang dalam perancangan untuk mencari satu kawasan bagi membina dan menempatkan semua Sekolah Saran di dalam satu kompleks. Semoga harapan Sekolah Saran untuk membina kompleks pendidikan ini dapat direalisasikan pada masa akan datang dan terus menjadi platform terbaik membentuk generasi pelapis ummah yang berilmu, berakhlak dan bertaqwa selaras dengan motto sekolah saran.


Kalendar Sekolah

No event in the calendar
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30