بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الواحد الأحد. الفرد الصمد. الذي لم يلد ولم يولد. ولم يكن له كفوا احد. أشهد أن لا اله إلا الله البر الكريم الرؤف الحيم.
Pendidikan berkualiti yang menggabung jalinkan keperluan rohani dan jasmani adalah bertujuan melahirkan modal insan berdaya bersaing di pentas global seterusnya menjadi harapan bagi memimpin dan memacu negara kita pada masa akan datang. Sekolah SARAN komited menyumbang dalam bidang pendidikan ini bagi menyahut tuntutan mendidik anak bangsa kita.
Sekolah SARAN ini amat bertuah kerana mempunyai guru-guru yang sentiasa sanggup mengorbankankan masa dan tenaga semata-mata untuk memastikan anak-anak didik SARAN dapat meraih kejayaan dalam pelajaran dan membentuk sahsiah unggul di kalangan mereka.
Ibu bapa di sekolah SARAN pula sentiasa memberikan kerjasama yang padu bersama pihak sekolah agar segala aktiviti pembelajaran di dalam dan luar kelas dapat dipantau bersama untuk memastikan anak-anak didik SARAN ini menjadi yang terbaik di sisi Allah dan dapat menyumbang kepada pembangunan Negara kita yang tercinta ini. Tanpa usaha dan kerjasama ibu bapa, segala usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah tidak akan berjaya.
Sebagai salah sebuah sekolah swasta yang semakin dikenali ramai dan diterima umum, adalah menjadi harapan saya agar Sekolah SARAN akan terus mencipta nama dengan melahirkan lebih ramai pelajar yang berketrampilan dan cemerlang di dunia dan akhirat.
Ustaz Dr. Hj. Mahyidin Bin Hamat