TUJUAN PENUBUHAN
Tujuan penubuhan sekolah SARAN adalah untuk memberikan ilmu agama bermula usia kanak-kanak hingga ke peringkat menengah. Maka SARAN membuka peluang itu seluas-luasnya kepada pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran (TAHFIZ).
VISI
• Melahirkan individu berilmu, berakhlak dan bertaqwa yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
• Melahirkan individu muslim yang mantap jati diri terhadap penciptanya.
MISI
• Membina syahsiah dan akhlak terpuji melalui program-program yang terancang dari semasa ke semasa
• Menerapkan nilai-nilai agama dalam proses pembelajaran
• Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan terbaik
• Melahirkan para ulama' yang berwibawa
• Mengamalkan pengurusan pentadbiran yang berkualiti